Wednesday, December 23, 2009

.....YALLA YA SYABAB......


Imtihan semakin hampir ni....jd,bagaimana dengan persediaan kita?
Kepada akhawat yg bakal menghadapi imtihan, bitataufiq wannajah ana ucapkan..
Moga kita sama-sama saling mendoakan..
Post yang agak simple, moga bermanfaat kepada semua...

Kali ni ana nak tulis tentang pemuda.. Jika kita lihat realiti di malaysia hatta kat mesir sekali pun, para pemudanya memang tak lari dengan macam-macam perangai pelik...contohnya suka buat kepala sendiri,couple,melepak dengan kawan-kawan dll..betapa peliknya keadaan pemuda sekarang sehinggakan kita tak nampak di mana istimewanya mereka...
Tetapi,sangat cantik apa yang dikupas oleh Imam syahid tentang pemuda ni..

Apakah ciri-ciri pemuda?

1. Memiliki keyakinan
2. Kejujuran
3. Semangat
4. Ada tindakan

Ini adalah ciri2 yang ada pada para syabab, cuma sekarang ni kita nak bentuk pula mereka supaya menjadi pemuda islam yang sejati adalah melalui tarbiah islamiyyah yang syumul.
Hebatnya pemuda islam kerana merekalah tiang pasak kekuatan mana2 kebangkitan jika kita menyelusuri sejarah. Contohnya Pemuda kahfi dan ramai lagi para sahabat.

Akhawat,mari kita bersama-sama bersyukur kepada Allah s.w.t memberikan kita nikmat tarbiah, nikmat kefahaman islam yang rakan2 seusia kita belum memilikinya, mereka leka dengan hanyutan cinta palsu tetapi kita sudah dididik dengan hadaf yang satu (jannah). Cubalah menjadi pemuda yang terbaik yang menggunakan masa mudanya untuk hanya untuk Allah s.w.t.

kata-kata seorang mujaddid

"Maka kamu angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar da tuntutan umat yang kian berlipat ganda,malah di sinilah amanah yang dipikul ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat"


Saturday, December 5, 2009

IKHLAS MENUJU CINTA

Assalamualaikum...
Alhamdulillah atas setiap kesempatan yg Allah s.w.t limpahkan.
Ikhlas?
perkataan yang biasa kita dengar,kalau diikutkan setiap fasa umur kita,pasti ada yg menyebut tentang ikhlas...
Tapi, ingin ana nak sentuh hati antum melalu kata-kata Imam Syahid Hasan Al-Banna tntang rukun Ikhlas
"Apa yg aku mahukan dengan ikhlas adalah akh muslim yang meletakkan kata-katanya, amalannya dan jihadnya semata-mata untuk Allah s.w.t, mengharapkan redhaNya jg ganjaran daripadaNya dan bukan ganjaran,gelaran..Akh muslim yang ikhlas juga adalah jundi kpd fikrah dan aqidah,bukan jundi bertujuan dan kerana manfaat (katakanlah sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah s.w.t Tuhan sekalian alam.Dan lazimilah menyebut Allahu ghoyatuna"
Subhanallah, ana mengharapkan post pertama ana tentang Ikhlas ini sebagai pasak dalam setiap amal yang akan kita lakukan..Suka untuk ana berkongsi dengan antum tentang ikhlas kerana ikhlaslah amal daripada amalan-amalan hati dan ikhlas juga muqaddimah stiap amalan hati tersebut...
Jd,sentiasalah perbaharui niat kita supaya ikhlas hanya untuk pencipta Allah swt (cinta ana dan juga cinta kalian)